Rabu, 24 Disember 2014

Monsun Timur Laut, Ombak Besar dan Air Pasang

Mengikut Jabatan Meteorologi Situasi ini berlaku disebabkan Monsun Timur Laut dari bulan November sehingga Mac.

Monsun berlaku disebabkan perbezaan suhu diantara daratan dan lautan hasil dari pemanasan sinaran matahari.

Monsun Timur Laut  ini adalah musim hujan utama negara. Terbentuk bersama luruan udara sejuk dari siberia.

Monsun Timur Laut ini akan menghasilkan hujan lebat yang mana akan menyebabkan banjir besar yang melanda kawasan pantai timur seperti kelantan terengganu, pahang dan johor timur serta serawak.

Ombak Besar dan Air Pasang di Terengganu akan berterusan sehingga sabtu ini. Banyak benteng runtuh disebabkan keadaan ombak besar yang menyebabkan air pasang.

Tiada ulasan: