Amboi mana nak cari artis lelaki macam izue islam ni, kacak dan manis bila senyum boleh buat hati gadis tercair bila melihatnya. Inikan pula bila beliau melakonkan adengan romantis dengan heroinnya.
Sebelum beliau berkahwin dengan awin iaitu managernya sendiri, tiada syarat yang diletakkan tetapi sejak telah berumahtangga izue sangat menitik berat akan isu bersentuhan dan adengan romantis.
Ramai diluar sana mengatakan izue mahu jaga perasaan isterinya,takut isteri dan pelbagai tohmahan yang kasar diterima.
Kalau betul tak ada salahnya sebab bersentuhan dengan bukan muhrim itu memang terang-terangan haram.
Respek dengan tindakan beliau yang nekad dengan tidak mahu melakonkan adengan romantis. Tidak lama lagi beliau akan berlakon dengan pelakon wanita Rindu 200% Ayda jebat. Dimana ayda menghormati keputusan yang ditetapkan oleh izue.
Semoga izue islam akan memberi lakonan yang mantap dan tunjukk pada semua tanpa adengan yang bersentuhan sesebuah drama itu tetap diterima ramai. Semoga berjaya dalam kerjaya dan bahagia bersama isteri tercinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan